Posts

Fingo: Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung MLM (Multi-Level-Marketing) Menurut Syariah

Fingo bukanlah sebuah perniagaan MLM, pemasaran berbilang tingkat atau Multi Level Marketing. Ia didaftarkan sebagai bisnes e-commerce biasa. Namun pelan pemasaran Fingo menunjukkan ia mempunyai komisen bertingkat hampir sama seperti perniagaan MLM.

Maka mari kita lihat adakah pelan pemasaran Fingo patuh syariah atau tidak dengan mengambil kira rujukan dari garis paduan perniagaan MLM menurut syariah memandangkan belum ada sijil atau kenyataan khas dikeluarkan oleh pihak Jakim berkaitan bisnes Fingo ini.

Sebelum itu, jangan salah faham. Bisnes MLM tidak haram seperti fahaman sesetengah pihak bahawa semua MLM itu haram. Yang haram adalah sistem MLM yang menindas, tidak patuh syariah & mempunyai unsur-unsur yang dilarang dalam Islam.

Sila baca garis panduan perniagaan jualan langsung atau berbilang tingkat ini mengikut syariah yang telah dikeluarkan oleh Jakim sendiri.

KLK DI SINI.

Unboxing Produk Yang Dibeli Di Fingo

Adakah Fingo Patuh Syariah???

Fingo hanyalah sebuah platform e-commerce yang menjual produk2 keperluan harian. Bisnes E-Commerce adalah sah di sisi undang-undang dan syariah.

Fingo juga tidak menjual produk2 haram seperti arak, khinzir dalam tin & sebagainya melainkan ada dinyatakan. Namun jika ada & jumlahnya masih kecil berbanding produk2 lain, ia masih lagi di bolehkan selagi kita tidak terlibat dengan produk2 tersebut. Kerana dalam Fingo penjual & pelanggan bukan semuanya muslim. Terdapat berbagai kaum, bangsa & agama yang menggunakan Fingo. Namun sehingga kini belum ada produk2 haram dalam Fingo. Boleh tonton VIDEO INI untuk rujukan.

Dari segi plan perniagaan pula, Fingo bukan MLM. Fingo menggunakan plan pemasaran affiliate. Affiliate adalah sah di sisi Islam. RUJUK VIDEO INI.
Meskipun affiliate itu sah, tetapi dalam Fingo terdapat sistem komisen bertingkat untuk affiliate. Dan inilah yang menjadi tanda tanya orang ramai adakah ia patuh syariah. Sistem komisen Fingo adalah berdasarkan jualan, bukan yuran keahlian ahli. Namun hasil jualan itu diberikan secara bertingkat kepada orang atas sehingga 3 level. Maka apakah hukumnya?
Untuk menjawab persoalan ini, kita ambil rujukan dari video Ustaz Zaharuddin tentang ciri-ciri MLM halal. Boleh RUJUK VIDEO INI.
Secara asasnya ada 4 perkara yang telah ditetapkan oleh JAKIM untuk menjadikan sesebuah MLM atau sistem komisen bertingkat seperti affiliate Fingo ini halal iaitu:
  1. Kontrak – Perlu ada makluman yang jelas dalam penyertaan ahli.
  2. Barang/Produk – Produk yang halal, berkualiti & dikehendaki walau tanpa sistem.
  3. Akhlak – Penjual/wakil/agen perlu menjual dengan cara & betul mengikut Islam.
  4. Sistem – Bukan piramid, head hunting & seumpamanya.

Selain itu syarikat perlu mempunyai penasihat syariah yang diiktiraf oleh JAKIM.

Fingo tidak melanggar sebarang peraturan yang ditetapkan di atas. Fokus utama Fingo ialah jualan produk & menjadi antara 3 syarikat e-commerce terbesar di Malaysia & Asean di masa akan datang. Sistem yang digunakan sekadar untuk marketing bagi mengelakkan kos pemasaran konvensional yang tinggi.

Walau bagaimanapun Fingo masih dalam proses mendapatkan penasihat syariah & pengesahan patuh syariah oleh pihak JAKIM. Syarikat Fingo masih baru & dalam proses untuk mendapatkan semua pengesahan.