Soal Jawab Fingo
Siapa Pemilik Fingo?
Fingo diasaskan oleh seorang bekas pekerja di syarikat Alibaba iaitu Jack Yi & rakan2nya yang mempunyai kepakaran masing2 dalam bidang E-Commerce. Mereka semua berasal dari negara China, namun menubuhkan syarikat Fingo di Malaysia kerana potensi perkembangan yang jelas dari negara ini.
Adakah Fingo Sah Di Sisi Undang2?
Untuk menjawab persoalan ini, sila baca di sini.
Adakah Bisnes Fingo Patuh Syariah?
Untuk menjawab persoalan ini, boleh baca lebih lanjut di sini.
Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Fingo?
Untuk mula buat duit, anda perlu menjadi seorang Preferred Shopper. Dengan status itu baru anda boleh mula buat duit di Fingo. Cara untuk jadi Preferred Shopper adalah dengan membeli Preferred Product yang merangkumi:
1 – Produk
2 – Kupon diskaun bernilai RM199
3 – Status Preferred Shopper di mana anda akan dapat harga VIP
4 – Mendapat Cashback atas setiap pembelian sendiri
5 – Medapat Cashback atas jualan dari orang yg anda invite
6 – Peluang menjadi Affiliate & jana pendapatan dengan Fingo
Kesemua kelebihan itu anda akan dapat dengan membeli Preferred Product berharga dari RM199 – RM299 bergantung kepada produk yang anda pilih.
Perlu Upgrade Jadi Preferred Shopper Dulu Ke Untuk Buat Duit?
Ya! Ini langkah wajib yang perlu dibuat. Hanya Preferred Shopper diberikan peluang untuk jana pendapatan di Fingo!
Kalau Orang Yang Saya Invite Tak Upgrade, Saya Dapat Komisen Tak Atas Jualan?
Ya! Anda akan dapat komisen atas setiap jualan walaupun orang yang anda invite tidak upgrade ke Preferred Shopper. Mereka daftar PERCUMA, dapat kupon RM5. Bila mereka beli produk, dapat potongan RM5 & anda akan dapat komisen dari pembelian mereka!
Berapa Komisen Yang Saya Akan Dapat?
Tidak tentu! Purata ialah 10%. Biasanya sekitar 1% – 10% dari setiap harga produk.
Kalau Orang Beli saya Dapat Purata 10%, Kalau Orang Upgrade Jadi PS?
Jika Shopper yang anda invite upgrade menjadi PS, anda akan dapat komisen segera sebanyak RM50!
Kalau Shopper Bawah Saya Beli, Saya Dapat Komisen, Kalau PS Bawah Saya Beli & Shopper Bawah Dia Beli Saya Dapat Komisen Tak?
Anda TIDAK dapat komisen dari pembelian PS anda atau dari Shopper bawah mereka. Kerana status anda sama2 PS dengan mereka.
Fingo tidak mengamalkan sistem piramid di mana orang awal dapat untung lebih.
Tapi Fingo menggunakan sistem pangkat di mana siapa rajin & mencapai KPI akan mendapat intensi tambahan. Anda akan dapat komisen dari pembelian PS anda & shopper mereka apabila anda menjadi seorang Affiliate Markerter (AM). Status akan bertukar menjadi AM apabila berjaya melantik seramai 30 orang PS dalam team anda.
Erm.. Banyak Pula Pangkat2 Dalam Fingo, Macam MLM Ke?
Fingo bukan MLM, hanya ada 2 level shopper & 2 level affiliate sahaja iaitu:
- Shopper & Preferred Shopper
- Affiliate Marketer & Affiliate Trainer
Itu sahaja. Semua ini akan dipelajari oleh setiap Preferred Shopper yang ingin menjalankan bisnes dengan Fingo. Jika tidak mahu buat bisnes, Preferred Shopper tetap mendapat kelebihan2 lain yang telah disenaraikan.
Lepas Saya Dah Jadi Preferred Shopper, Di Mana Saya Nak Belajar?
Dalam Fingo, Preferred Shopper hanya boleh belajar dari leader-leader yang telah dilantik. Kerana itu pentingnya anda mempunyai inviter dalam Fingo.
Mereka yang menjadi Affiliate Marketer & Affiliate Trainer bertanggungjawab membimbing anda menjalankan bisnes Fingo dengan betul. Mereka telah dilatih oleh pihak syarikat atau leader2 sebelumnya untuk menerangkan cara yang betul dalam menjalankan bisnes Fingo.
Saya Tak Pandai Bisnes2 Online Ni, Ada Orang Ajar Ke?
Ya, dalam Fingo anda tidak keseorangan. Anda akan dibimbing oleh leader-leader anda. Cuma anda perlu hubungi mereka sendiri jika mereka tidak menghubungi anda kerana mungkin mereka terlepas pandang dengan ahli yang begitu ramai.
Produk Fingo Dari Mana?
80% produk dalam Fingo adalah dari negara China. Selebihnya dari produk tempatan. Pihak Fingo dalam proses membawa masuk sehingga 50% produk tempatan pada tahun 2020 ini.