Boleh Ke Pelajar Sekolah Buat Bisnes Fingo?

Adakah pelajar sekolah umur 7 – 17 tahun boleh buat duit dengan Fingo?

Jawapan mudahnya, BOLEH dengan syarat ada kebenaran IbuBapa.

Untuk menjalankan bisnes Fingo anda perlu berusia 18 tahun dan ke atas.

Tapi jika anda dibantu boleh IbuBapa untuk menjalankan bisnes ini, maka ia boleh dipertimbangkan.

Bisnes Fingo memerlukan anda untuk Upgrade ke Preferred Shopper iaitu perlu membuat pembelian produk berharga RM99 ke atas secara Online.

Dengan pembelian itu barulah anda layak untuk menjadi usahawan Fingo.

Seharusnya IbuBapa dimaklumkan tentang pembelian ini & mereka membenarkan anda untuk menjalankan bisnes Fingo.

Ada Ke Pelajar Sekolah Yang Berjaya Buat Bisnes Fingo?

Ya, memang ada. Maksud berjaya di sini adalah mendapat pendapatan melebihi wang yang dibelanjakan untuk menjadi Preferred Shopper.

Ada yang dapat lebih dari RM1000 pendapatan dari Fingo.

Boleh tengok contoh2 testimoni dari video2 di bawah:

Testimoni Adik Pelakon Suara Upin Ipin

Testimoni Adik umur 12 tahun buat RM1000

 

Adik ni kecik2 lagi dah pandai buat video promote Fingo

Adik Ni Buat RM5000 Dengan Fingo

Itu semua antara contoh adik2 yang masih muda dan berjaya jana pendapatan dengan Fingo. Namun pastinya IbuBapa mereka tahu & benarkan mereka buat bisnes Fingo.


Bisnes Fingo Ni Kena Buat Apa?

Bila anda menjadi seorang Preferred Shopper, tugas anda yang pertama adalah membawa orang ramai daftar Fingo menggunakan link anda.

Apabila mereka daftar, mereka akan berada dalam kumpulan anda. Jika mereka membeli produk dalam Fingo atau mereka Upgrade menjadi Preferred Shopper, anda akan dapat komisen.

Berikut contoh pengiraan komisen:

1 – Pembelian produk – Komisen 10% dari harga produk.

2 – Upgrade jadi Preferred Shopper – Komisen RM50

Contoh seperti berikut:

Kalau mereka beli produk harga RM100, maka biasanya anda akan dapat komisen RM10.

Kalau mereka Upgrade menjadi Preferred Shopper, anda akan dapat komisen RM50.

Jadi Apa Langkah Saya Nak buat Seterusnya?

1 – Jumpa IbuBapa cerita dulu pada mereka anda nak buat bisnes Fingo. Beritahu pada mereka tentang produk yang kena beli untuk jadi Preferred Shopper.

Kalau mereka setuju & support anda untuk jalankan bisnes Fingo. Maka teruskan. Jika tidak, maka abaikan dulu.

Jadilah pengguna Fingo biasa dahulu. Sambil2 belajar tentang bisnes Fingo lebih mendalam. Akan datang kalau rasa lebih yakin & lebih faham, boleh ceritakan sekali lagi pada IbuBapa anda untuk buat bisnes ni.

2 – Jika mereka benarkan anda buat, maka boleh muka Upgrade & dapatkan bantuan dari Inviter anda untuk bimbing anda supaya berjaya menjalankan bisnes Fingo.

Semoga membantu.

Sekian.

Cara Cepat & Pantas Buat Duit & Jadi Affiliate Marketer Fingo

Pertama sekali, tahniah sekiranya anda telah berjaya upgrade ke Preferred Shopper.

Jika anda bukan seorang Preferred Shopper (PS), anda tidak sepatutnya membaca posting ini kerana ia khas untuk mereka yang ingin & telah layak menjalankan bisnes Fingo sahaja.

Baik, kita teruskan ke tajuk di atas.

Macam mana nak buat duit & naik ke level AM dengan cepat?

Sebelum saya ceritakan step by step, anda perlu tahu level2 dalam Fingo dan cara naik ke level tersebut terlebih dahulu.

Secara ringkasnya adalah seperti berikut:

  1. Shopper – Pengguna biasa & ia percuma (tidak boleh buat bisnes Fingo)
  2. Preferred Shopper – Pengguna yang dah beli Preferred Product bernilai RM199 atau RM229. Boleh mula jalankan bisnes Fingo.
  3. Affiliate Marketer – Level ini anda telah menjadi seorang leader. Perlu ada 30 orang PS dalam kumpulan anda. 10 PS direct bawah anda, lagi 19 PS boleh campur PS di bawah PS2 anda. Dan seorang lagi ialah anda sendiri. Total 30 orang PS.
  4. Affiliate Trainer – Ini pula adalah level tertinggi dalam Fingo. Bawah anda perlu ada 8 orang AM dan 500 orang PS.

Saya tidak akan kongsikan tentang berapa komisen & apa kelebihan setiap level itu di sini. Anda boleh baca dalam ebook yang saya sertakan di bawah.

Dalam posting kali ini kita nak belajar bagaimana naik ke AM dengan pantas. Jadi saya fokus pada topik ini.

Sebelum baca langkah-langkah di bawah, pastikan anda faham cara invite orang join Fingo anda. Rujuk gambar di bawah dalam bulatan biru. Di situlah Fingo berikan kod invitation anda dan link untuk anda copy dan share kepada orang ramai. Hanya klik pada butan Copy atau Share seperti dalam gambar di bawah.

Gambar itu hanya contoh, anda boleh dapatkan invitation code dan link anda dengan membuat App Fingo –> Klik Account – Paparan seperti di bawah akan keluar. Pastikan anda sudah menjadi Preferred Shopper, bukan sekadar Shopper.

Langkah 1

Nak tak nak, anda perlu ambil masa study dahulu apa itu Fingo dan bagaimana untuk menjalankan bisnes Fingo. Kerana untuk menjalankan bisnes ini anda perlu berkongsi peluang bisnes Fingo dengan orang lain. Bagaimana anda nak cerita kalau anda sendiri pun tidak tahu apa2.

Untuk faham tentang bisnes Fingo, sila baca 2 file berikut:

 

Langkah 2

Bina iklan untuk trafik masuk setiap masa.

Apa maksudnya? Maksudnya ialah anda perlu ada satu iklan yang membuatkan orang sentiasa nampak dan join Fingo anda. Tak kisahlah secara online atau offline. Berikut saya berikan contoh:

Online:

  • Buat video di YouTube
  • Buat posting dalam website/blog
  • Buat landing page & iklankan guna Google Ads
  • Buat FB Page, iklankan tentang Fingo dan guna FB Ads supaya ramai orang nampak
  • Post setiap hari di FB Profile
  • Post setiap hari dalam whatsapp group
  • Share pada kawan, keluarga & sesiapa sahaja menggunakan apa sahaja media sosial samada FB, Telegram, Wechat, Instagram, YouTube, Twitter dan sebagainya.

Offline:

  • Jumpa kawan, buat table talk ceritakan tentang Fingo
  • Buka kiosk di tempat orang ramai untuk berkongsi peluang bisnes Fingo
  • Buat seminar, kelas untuk share peluang bisnes Fingo
  • Edarkan flyers

Setiap masa, perlu sentiasa ada orang baru daftar Fingo dari link anda. Tak kisah bagaimana anda nak buat, ikut kepakaran & kemahiran masing2 samada online atau offline. Kalau tak pandai, kena belajar, cari ilmu, tanya guru & leader anda. Lepas belajar kena buat sampai jadi, sampai berjaya.

Jika gagal pada bahagian ini, maka tiada guna lagi langkah2 seterusnya. Ia tidak akan membantu. Kuasai langkah ini dahulu.

 

Langkah 3

Bina Whatsapp Group untuk Shopper anda!

Ya! Apabila anda sudah ada shopper yang agak ramai, sekitar 30-50 orang dan ke atas, waktu itu tidak sesuai lagi untuk mesej seorang2 untuk terangkan tentang bisnes Fingo. Bina satu group Whatsapp dan invite mereka semua join group tersebut.

Sebaiknya jangan kita yang add mereka kerana itu macam SPAM. Orang akan marah. Kita berikan link sahaja, biar mereka sendiri yang join. Kalau yang tak tahu cara nak join, bolehlah kita add mereka terus.

 

Langkah 4

Kini Shopper-shopper anda sudah pun berada dalam satu group Whatsapp. Tiba masanya untuk share ilmu tentang bisnes Fingo dalam group tersebut.

Anda mungkin masih agak blur apa nak ceritakan kepada mereka tentang bisnes Fingo kerana masih baru dalam bisnes ini.

Invite leader atau Inviter Fingo anda join group Whatsapp tersebut. Biar beliau bantu anda berikan penerangan tentang bisnes Fingo. Minta izin dia dulu sebelum masukkan dalam group.

Dari situ akan ada beberapa orang yang akan upgrade kepada PS. Di sinilah team anda mula berkembang.

 

Langkah 5

Setelah ada shopper anda Upgrade menjadi seorang PS, anda boleh jadikan mereka sebagai Admin group tersebut. Tujuannya ialah supaya mereka juga boleh invite shopper2 mereka join group whatsapp tersebut. Jadi proses follow-up akan berkumpul pada satu tempat sahaja.

Ini akan membantu PS baru anda untuk yakinkan shopper mereka supaya upgrade ke PS. Di sinilah team anda akan berkembang sehingga menjadi 30 orang PS dan anda akan naik pangkat ke Affiliate Marketer.

 

Baik, cukup 5 langkah itu dahulu. Inilah funnel bisnes Fingo yang telah dibuat boleh leader-leader dalam Fingo sehingga membantu mereka mencapai level paling tinggi dalam Fingo. Paling penting perlu konsisten dan sentiasa membawa masuk shopper-shopper baru iaitu ‘Langkah 2’ di atas. Gagal menarik shopper, bermakna gagal mengembangkan bisnes Fingo anda.

Sampai di sini saja.

Mulakan tindakan anda sekarang.

Fast action, Fast Result!

Nak hasil cepat, buatlah cepat2!

Sekian,

Wan Muhd Ali

Pengasas SifuFingo.com

Unboxing Produk Yang Dibeli Di Fingo

Presentation File – Fingo Social E-Commerce BM/BI

Jika anda perlukan maklumat lebih detail berkaitan bisnes Fingo, baca slide presentation ini:

FINGO-SOSIAL E DAGANG(BM)

FINGO – SOCIAL E COMMERCE (EN)

Boleh download mana2 file mengikut keselesaan anda.

Fingo Malaysia Di TV3

Ucapan Menteri sempena program pelancaran Fingo Malaysia.

Pelancaran Fingo Malaysia | Fingo Malaysia Grand Launching 29/7/2019 

 

KUALA LUMPUR: Fingo Sdn Bhd, operator pasaran e-dagang sosial menyasarkan untuk menjadi penyedia platform dalam kalangan tiga terbaik di Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Fingo Malaysia, C S Lee, berkata sasaran itu bakal dipacu menerusi penawaran aplikasi yang komprehensif menggunakan platform S2B2C (pembekal ke perniagaan ke pengguna).

Katanya, platform yang menghubungkan rangkaian sosial utama iaitu Whatsapp, Facebook dan Instragram juga menjadikan Fingo berbeza dengan pesaingnya di pasaran, sekali gus meluaskan capaian perniagaan dan pengguna.

“Sebagai permulaan, kami menjangkakan 500,000 pembeli akan menggunakan Fingo menjelang akhir tahun ini. Ketika ini sudah 200,000 muat turun sudah direkodkan,” katanya kepada media selepas majlis perasmian Fingo di sini, hari ini.
Fingo dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fingo, Dong Fang dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Fingo, Wang Nan.
Lee berkata, menerusi platform itu juga, setiap ahli yang mendaftar boleh mengakses secara meluas pilihan barangan serta pembekal berkualiti daripada Tmall dan Taobao, selain membuka peluang keusahawanan baru di Malaysia menerusi sistem ganjaran ahli.

Katanya, syarikat itu mensasarkan untuk meneroka pasaran e-dagang yang semakin berkembang di Malaysia selain peluang perniagaan besar di rantau ASEAN.

“Model perniagaan S2B2C menggunakan pilihan data yang besar untuk berinteraksi, dan bersosial dengan ahli Fingo.
“Permintaan mengenai maklumat, ramalan fesyen serta trend membeli akan digabungkan dengan rantaian bekalan domestik dan antarabangsa bagi mewujudkan platform S2B2C yang cekap agar dapat mengatasi model perniagaan e-dagang yang wujud ketika ini,” katanya pada sidang media pelancaran Fingo di sini, hari ini.

Sementara itu, Fang berkata, Fingo memilih Malaysia sebagai pangkalannya adalah kerana kestabilan politik, kemudahan infrastruktur dan persekitaran perniagaan selari dengan penggunaan teknologi digital yang tinggi seperti media sosial dan pasaran e-dagang atas talian.

Katanya, ekosistem terbaik itu menjadi platform ideal untuk Fingo memberi satu pengalaman e-dagang baru kepada pengguna di rantau ASEAN.

“Kami yakin bahawa Malaysia adalah pilihan tepat untuk kami berkembang kerana hasil kajian, daripada 32 juta jumlah populasi di negara ini, sebanyak 25.08 juta daripadanya adalah pengguna internet aktif atau kira-kira 79 peratus dari jumlah populasi,” katanya.

Beliau berkata, kelebihan besar di dalam e-dagang adalah penambahbaikan di dalam kecekapan serta membuka jenama pasaran dan saluran baru untuk para pengguna menikmatinya.

Katanya, secara khususnya penting untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kerana e-dagang boleh membantu peniaga mendapatkan pasaran besar dengan kos yang rendah dan pantas.
“Kami mengalu-alukan semua PKS tempatan yang mencari peluang untuk memulakan perniagaan digital mereka dengan kami.
“Fingo akan membantu dengan menggunakan sepenuhnya platform yang disediakan bagi menyokong PKS tempatan dan memanfaatkan semangat keusahawanan di kalangan orang Malaysia,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Kian Ming berkata, pengendali platform e-dagang diminta mempromosikan produk buatan Malaysia bagi mengembangkan perniagaan syarikat tempatan tidak hanya di peringkat domestik, tetapi pasaran eksport.

“Kami menjemput peserta industri e-dagang untuk menggunakan platform sedia ada di Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) bagi mengembangkan capaian bukan saja kepada mereka, malah dapat membantu usahawan tempatan khususnya PKS mengembangkan perniagaan ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

TV3 News Fingo Malaysia Grand Launching 29/7/2019

Fingo – Jimat Membeli, Untung Berkongsi
Fingo – Jimat Membeli, Untung Berkongsi

Feb 2019 Terbuka kepada pasaran Malaysia, pertama di Asia Tenggara

24/6/2019 Terbuka kepada pasaran Singapore

Adakah Fingo Patuh Syariah???

Fingo hanyalah sebuah platform e-commerce yang menjual produk2 keperluan harian. Bisnes E-Commerce adalah sah di sisi undang-undang dan syariah.

Fingo juga tidak menjual produk2 haram seperti arak, khinzir dalam tin & sebagainya melainkan ada dinyatakan. Namun jika ada & jumlahnya masih kecil berbanding produk2 lain, ia masih lagi di bolehkan selagi kita tidak terlibat dengan produk2 tersebut. Kerana dalam Fingo penjual & pelanggan bukan semuanya muslim. Terdapat berbagai kaum, bangsa & agama yang menggunakan Fingo. Namun sehingga kini belum ada produk2 haram dalam Fingo. Boleh tonton VIDEO INI untuk rujukan.

Dari segi plan perniagaan pula, Fingo bukan MLM. Fingo menggunakan plan pemasaran affiliate. Affiliate adalah sah di sisi Islam. RUJUK VIDEO INI.
Meskipun affiliate itu sah, tetapi dalam Fingo terdapat sistem komisen bertingkat untuk affiliate. Dan inilah yang menjadi tanda tanya orang ramai adakah ia patuh syariah. Sistem komisen Fingo adalah berdasarkan jualan, bukan yuran keahlian ahli. Namun hasil jualan itu diberikan secara bertingkat kepada orang atas sehingga 3 level. Maka apakah hukumnya?
Untuk menjawab persoalan ini, kita ambil rujukan dari video Ustaz Zaharuddin tentang ciri-ciri MLM halal. Boleh RUJUK VIDEO INI.
Secara asasnya ada 4 perkara yang telah ditetapkan oleh JAKIM untuk menjadikan sesebuah MLM atau sistem komisen bertingkat seperti affiliate Fingo ini halal iaitu:
  1. Kontrak – Perlu ada makluman yang jelas dalam penyertaan ahli.
  2. Barang/Produk – Produk yang halal, berkualiti & dikehendaki walau tanpa sistem.
  3. Akhlak – Penjual/wakil/agen perlu menjual dengan cara & betul mengikut Islam.
  4. Sistem – Bukan piramid, head hunting & seumpamanya.

Selain itu syarikat perlu mempunyai penasihat syariah yang diiktiraf oleh JAKIM.

Fingo tidak melanggar sebarang peraturan yang ditetapkan di atas. Fokus utama Fingo ialah jualan produk & menjadi antara 3 syarikat e-commerce terbesar di Malaysia & Asean di masa akan datang. Sistem yang digunakan sekadar untuk marketing bagi mengelakkan kos pemasaran konvensional yang tinggi.

Walau bagaimanapun Fingo masih dalam proses mendapatkan penasihat syariah & pengesahan patuh syariah oleh pihak JAKIM. Syarikat Fingo masih baru & dalam proses untuk mendapatkan semua pengesahan.

Adakah Fingo Salah Di Sisi Undang-Undang?

Artikel ini untuk menjelaskan perkara sebenar mengenai isu di media yg ditunjukkan dibawah ini.

Ada 2 gambar dibawah mengenai kenyataan akhbar salah faham pegawai KPDNHEP terhadap perniagaan Fingo.

Selepas salah faham diselesaikan KPDNHEP mengeluarkan kenyataan awam yg baru yang menyatakan Fingo adalah SAH.

Sila baca kenyataan tersebut didala artikel ini.

Isu ini telah selesai dengan kebenaran bahawa Fingo adalah SAH dalam menjalankan perniagaan E-commerce beraffiliate.

Isu ini sudah selesai dan tidak pernah menjejaskan perniagaan Fingo.

Ia berpunca dari permohonan Fingo untuk mendapatkan lesen MLM.

Syarat MLM ialah mengemukakan 5 jenis produk. Maka Fingo memberikan senarai 5 jenis produk.

Tetapi Fingo bukanlah sebuah syarikat MLM dan tidak perlu kepada lesen MLM kerana produk Fingo ada ribuan jenis produk.

Fingo dibenarkan untuk menjalankan perniagaan e-commerce beraffiliate tanpa perlu kepada lesen AJL atau MLM.

KPDNHEP mengarahkan untuk menukar beberapa perkataan dalam sistem reward Fingo.

Daripada Business Owner kepada Preferred Shopper.
Manager kepada Affiliate Marketer
General Manager kepada Affiliate Trainer

Ini kenyataan daripada syarikat Fingo.

*** PERHATIAN untuk semua USAHAWAN FINGO !!!

Pertukaran NAMA dalam FINGO SYSTEM akan diubah selewat-lewatnya atau pada hari SELASA depan bersamaan dengan 27/08/2019 :-

1. SHOPPER : SHOPPER ( SH )
2. BO : PREFERRED SHOPPER ( PS )
3. MANAGER : AFFILIATE MARKETER ( AM )
4. GM : AFFILIATE TRAINER ( AT )

System FINGO ( PERTUKARAN NAMA / PANGKAT ) akan ditukar pada masa terdekat ini mengikut GARIS PANDUAN daripada KPDNHEP ( Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna ).

Tiada PERUBAHAN untuk GIFT PACK REWARDS / BONUS & juga untuk SHOPPER REWARDS / BONUS.

Semuanya sama ( Tiada Perubahan ).

Perubahan hanya untuk NAMA sahaja seperti di atas atas ARAHAN KPDNHEP !!!

Syarikat KITA adalah LEGAL dan dibenarkan BEROPERASI seperti biasa TANPA HALANGAN atau SEKATAN.

Harap MAKLUM !!!

Tqvm.

Patuh kepada ARAHAN KPNDHEP !!!

Semua SYARAT diikuti !!!

Issue ini sudah TIDAK TIMBUL lagi.

Syarikat FINGO adalah REAL BUSINESS !
E-Commerce – Shopper Rewards Programme.
Tiada sebarang SEKATAN dengan BANK NEGARA & semua BANK di MALAYSIA.

Begitu juga dengan pembayaran secara 7 E !!!

Syarikat KITA beroperasi seperti biasa sejak di BUKA & beroperasi sejak bulan FEB 2019.

Diluar sana SAINGAN Fingo ( Mata Merah ) dan banyak taburkan FITNAH & kurang senang HATI dengan FINGO.

KPDNHEP telah mengeluarkan kenyataan susulan di media awam mengesahkan Fingo adalah SAH dengan menjalan bisnes E-commerce beraffiliate.

 

Fingo tak PERLU guna LESEN ini untuk E-Commerce !!! 
E-Commerce tak perlu LESEN AJL !!! 
Sudah approved oleh KPDN & HEP !!! 
Semua SYARAT dipatuhi.

 

Surat khabar Cina bertarikh 2-9-2019 ini menyatakan bahawa KPDNHEP memohon maaf atas kenyataan akhbar sebelumnya dan telah mengesahkan bahawa Fingo adalah SAH menjalankan perniagaan e-commerce beraffiliate di MALAYSIA.

Dari awal Fingo beroperasi sehingga ke hari ini .. tidak pernah operasi Fingo disekat, bisnes berjalan terus sejak hari pertama.

Komisen Fingo tidak pernah terlambat. Sentiasa on time. Jalan Terus !!!!!

Fingo telah pun mencapai sasaran ini lebih awal. Fingo sasar 500,000 pengguna aktif menjelang akhir 2019

https://malaysiagazette.com/blog/2019/07/29/fingo-sasar-500000-pengguna-aktif-menjelang-akhir-2019/

http://bernama.com/en/news.php?id=1751498 

Fingo Sasar 3 Terbaik Di Malaysia 

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/07/590322/fingo-sasar-3-terbaik-di-malaysia 

Fingo launches its E-comm marketplace in M’sia 

http://www.focusmalaysia.my/Snippets/fingo-launches-its-e-comm-marketplace-in-m-sia#.XT7Z5AnKV90.whatsapp

 

Artikel ini dipetik dari web: http://akpjdreamway.blogspot.com/