Cara Cepat & Pantas Buat Duit & Jadi Affiliate Marketer Fingo

Pertama sekali, tahniah sekiranya anda telah berjaya upgrade ke Preferred Shopper.

Jika anda bukan seorang Preferred Shopper (PS), anda tidak sepatutnya membaca posting ini kerana ia khas untuk mereka yang ingin & telah layak menjalankan bisnes Fingo sahaja.

Baik, kita teruskan ke tajuk di atas.

Macam mana nak buat duit & naik ke level AM dengan cepat?

Sebelum saya ceritakan step by step, anda perlu tahu level2 dalam Fingo dan cara naik ke level tersebut terlebih dahulu.

Secara ringkasnya adalah seperti berikut:

  1. Shopper – Pengguna biasa & ia percuma (tidak boleh buat bisnes Fingo)
  2. Preferred Shopper – Pengguna yang dah beli Preferred Product bernilai RM199 atau RM229. Boleh mula jalankan bisnes Fingo.
  3. Affiliate Marketer – Level ini anda telah menjadi seorang leader. Perlu ada 30 orang PS dalam kumpulan anda. 10 PS direct bawah anda, lagi 19 PS boleh campur PS di bawah PS2 anda. Dan seorang lagi ialah anda sendiri. Total 30 orang PS.
  4. Affiliate Trainer – Ini pula adalah level tertinggi dalam Fingo. Bawah anda perlu ada 8 orang AM dan 500 orang PS.

Saya tidak akan kongsikan tentang berapa komisen & apa kelebihan setiap level itu di sini. Anda boleh baca dalam ebook yang saya sertakan di bawah.

Dalam posting kali ini kita nak belajar bagaimana naik ke AM dengan pantas. Jadi saya fokus pada topik ini.

Sebelum baca langkah-langkah di bawah, pastikan anda faham cara invite orang join Fingo anda. Rujuk gambar di bawah dalam bulatan biru. Di situlah Fingo berikan kod invitation anda dan link untuk anda copy dan share kepada orang ramai. Hanya klik pada butan Copy atau Share seperti dalam gambar di bawah.

Gambar itu hanya contoh, anda boleh dapatkan invitation code dan link anda dengan membuat App Fingo –> Klik Account – Paparan seperti di bawah akan keluar. Pastikan anda sudah menjadi Preferred Shopper, bukan sekadar Shopper.

Langkah 1

Nak tak nak, anda perlu ambil masa study dahulu apa itu Fingo dan bagaimana untuk menjalankan bisnes Fingo. Kerana untuk menjalankan bisnes ini anda perlu berkongsi peluang bisnes Fingo dengan orang lain. Bagaimana anda nak cerita kalau anda sendiri pun tidak tahu apa2.

Untuk faham tentang bisnes Fingo, sila baca 2 file berikut:

 

Langkah 2

Bina iklan untuk trafik masuk setiap masa.

Apa maksudnya? Maksudnya ialah anda perlu ada satu iklan yang membuatkan orang sentiasa nampak dan join Fingo anda. Tak kisahlah secara online atau offline. Berikut saya berikan contoh:

Online:

  • Buat video di YouTube
  • Buat posting dalam website/blog
  • Buat landing page & iklankan guna Google Ads
  • Buat FB Page, iklankan tentang Fingo dan guna FB Ads supaya ramai orang nampak
  • Post setiap hari di FB Profile
  • Post setiap hari dalam whatsapp group
  • Share pada kawan, keluarga & sesiapa sahaja menggunakan apa sahaja media sosial samada FB, Telegram, Wechat, Instagram, YouTube, Twitter dan sebagainya.

Offline:

  • Jumpa kawan, buat table talk ceritakan tentang Fingo
  • Buka kiosk di tempat orang ramai untuk berkongsi peluang bisnes Fingo
  • Buat seminar, kelas untuk share peluang bisnes Fingo
  • Edarkan flyers

Setiap masa, perlu sentiasa ada orang baru daftar Fingo dari link anda. Tak kisah bagaimana anda nak buat, ikut kepakaran & kemahiran masing2 samada online atau offline. Kalau tak pandai, kena belajar, cari ilmu, tanya guru & leader anda. Lepas belajar kena buat sampai jadi, sampai berjaya.

Jika gagal pada bahagian ini, maka tiada guna lagi langkah2 seterusnya. Ia tidak akan membantu. Kuasai langkah ini dahulu.

 

Langkah 3

Bina Whatsapp Group untuk Shopper anda!

Ya! Apabila anda sudah ada shopper yang agak ramai, sekitar 30-50 orang dan ke atas, waktu itu tidak sesuai lagi untuk mesej seorang2 untuk terangkan tentang bisnes Fingo. Bina satu group Whatsapp dan invite mereka semua join group tersebut.

Sebaiknya jangan kita yang add mereka kerana itu macam SPAM. Orang akan marah. Kita berikan link sahaja, biar mereka sendiri yang join. Kalau yang tak tahu cara nak join, bolehlah kita add mereka terus.

 

Langkah 4

Kini Shopper-shopper anda sudah pun berada dalam satu group Whatsapp. Tiba masanya untuk share ilmu tentang bisnes Fingo dalam group tersebut.

Anda mungkin masih agak blur apa nak ceritakan kepada mereka tentang bisnes Fingo kerana masih baru dalam bisnes ini.

Invite leader atau Inviter Fingo anda join group Whatsapp tersebut. Biar beliau bantu anda berikan penerangan tentang bisnes Fingo. Minta izin dia dulu sebelum masukkan dalam group.

Dari situ akan ada beberapa orang yang akan upgrade kepada PS. Di sinilah team anda mula berkembang.

 

Langkah 5

Setelah ada shopper anda Upgrade menjadi seorang PS, anda boleh jadikan mereka sebagai Admin group tersebut. Tujuannya ialah supaya mereka juga boleh invite shopper2 mereka join group whatsapp tersebut. Jadi proses follow-up akan berkumpul pada satu tempat sahaja.

Ini akan membantu PS baru anda untuk yakinkan shopper mereka supaya upgrade ke PS. Di sinilah team anda akan berkembang sehingga menjadi 30 orang PS dan anda akan naik pangkat ke Affiliate Marketer.

 

Baik, cukup 5 langkah itu dahulu. Inilah funnel bisnes Fingo yang telah dibuat boleh leader-leader dalam Fingo sehingga membantu mereka mencapai level paling tinggi dalam Fingo. Paling penting perlu konsisten dan sentiasa membawa masuk shopper-shopper baru iaitu ‘Langkah 2’ di atas. Gagal menarik shopper, bermakna gagal mengembangkan bisnes Fingo anda.

Sampai di sini saja.

Mulakan tindakan anda sekarang.

Fast action, Fast Result!

Nak hasil cepat, buatlah cepat2!

Sekian,

Wan Muhd Ali

Pengasas SifuFingo.com

Wan Muhd Ali
Author: Wan Muhd Ali

3 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *