Adakah Fingo Patuh Syariah???

Fingo hanyalah sebuah platform e-commerce yang menjual produk2 keperluan harian. Bisnes E-Commerce adalah sah di sisi undang-undang dan syariah.

Fingo juga tidak menjual produk2 haram seperti arak, khinzir dalam tin & sebagainya melainkan ada dinyatakan. Namun jika ada & jumlahnya masih kecil berbanding produk2 lain, ia masih lagi di bolehkan selagi kita tidak terlibat dengan produk2 tersebut. Kerana dalam Fingo penjual & pelanggan bukan semuanya muslim. Terdapat berbagai kaum, bangsa & agama yang menggunakan Fingo. Namun sehingga kini belum ada produk2 haram dalam Fingo. Boleh tonton VIDEO INI untuk rujukan.

Dari segi plan perniagaan pula, Fingo bukan MLM. Fingo menggunakan plan pemasaran affiliate. Affiliate adalah sah di sisi Islam. RUJUK VIDEO INI.
Meskipun affiliate itu sah, tetapi dalam Fingo terdapat sistem komisen bertingkat untuk affiliate. Dan inilah yang menjadi tanda tanya orang ramai adakah ia patuh syariah. Sistem komisen Fingo adalah berdasarkan jualan, bukan yuran keahlian ahli. Namun hasil jualan itu diberikan secara bertingkat kepada orang atas sehingga 3 level. Maka apakah hukumnya?
Untuk menjawab persoalan ini, kita ambil rujukan dari video Ustaz Zaharuddin tentang ciri-ciri MLM halal. Boleh RUJUK VIDEO INI.
Secara asasnya ada 4 perkara yang telah ditetapkan oleh JAKIM untuk menjadikan sesebuah MLM atau sistem komisen bertingkat seperti affiliate Fingo ini halal iaitu:
  1. Kontrak – Perlu ada makluman yang jelas dalam penyertaan ahli.
  2. Barang/Produk – Produk yang halal, berkualiti & dikehendaki walau tanpa sistem.
  3. Akhlak – Penjual/wakil/agen perlu menjual dengan cara & betul mengikut Islam.
  4. Sistem – Bukan piramid, head hunting & seumpamanya.

Selain itu syarikat perlu mempunyai penasihat syariah yang diiktiraf oleh JAKIM.

Fingo tidak melanggar sebarang peraturan yang ditetapkan di atas. Fokus utama Fingo ialah jualan produk & menjadi antara 3 syarikat e-commerce terbesar di Malaysia & Asean di masa akan datang. Sistem yang digunakan sekadar untuk marketing bagi mengelakkan kos pemasaran konvensional yang tinggi.

Walau bagaimanapun Fingo masih dalam proses mendapatkan penasihat syariah & pengesahan patuh syariah oleh pihak JAKIM. Syarikat Fingo masih baru & dalam proses untuk mendapatkan semua pengesahan.

Wan Muhd Ali
Author: Wan Muhd Ali

6 replies
  1. Siapa123
    Siapa123 says:

    Sy suda join ni fingo dan ada suda income.tp sy masih berat hati dan was-was sbbnya bonus yg invite pelanggan upgrade ke Prefer Shopper (PS) adalah sebanyak RM50 seorg.Bukankah itu maknanya bonus dibayar secara perkepala?Maaf ya, sbb sy kurang arif Dan kurang jelas tentang hal2 berkaitan dgn isu ini.

    Reply
    • Hakim
      Hakim says:

      Pada saya, itu tiada masalah. Dalam MLM yang tak patuh syariah, untung per kepala yang dimaksudkan ialah ambil yuran keahlian semata-mata. Dalam fingo, untung cashback (rm50) bila shopper upgrade, diambil dari hasil pembelian giftpack. ini tiada masalah.

      Reply
  2. Sufi
    Sufi says:

    Selagi tiada penasihat shariah, selagi tu dia kategori syubhat. Cuma pelik kenapa fingo batalkan pertemuan dengan ustaz lariba sedangkan dia yang set perjumpaan. Sampai 3 kali minta jumpa Ustaz lariba, last2 syafiq sendiri yang cancel.

    Reply

Trackbacks & Pingbacks

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *