Unboxing Produk Yang Dibeli Di Fingo

Presentation File – Fingo Social E-Commerce BM/BI

Jika anda perlukan maklumat lebih detail berkaitan bisnes Fingo, baca slide presentation ini:

FINGO-SOSIAL E DAGANG(BM)

FINGO – SOCIAL E COMMERCE (EN)

Boleh download mana2 file mengikut keselesaan anda.

Video Pengenalan – Apa Itu Fingo (Bahasa Cina – Sarikata English)

Ini adalah video pengenalan tentang Fingo yang diperkenalkan ketika majlis pelancaran Fingo Malaysia pada Julai 2019 yang lepas.

Fingo Malaysia Di TV3

Ucapan Menteri sempena program pelancaran Fingo Malaysia.

Pelancaran Fingo Malaysia | Fingo Malaysia Grand Launching 29/7/2019 

 

KUALA LUMPUR: Fingo Sdn Bhd, operator pasaran e-dagang sosial menyasarkan untuk menjadi penyedia platform dalam kalangan tiga terbaik di Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Fingo Malaysia, C S Lee, berkata sasaran itu bakal dipacu menerusi penawaran aplikasi yang komprehensif menggunakan platform S2B2C (pembekal ke perniagaan ke pengguna).

Katanya, platform yang menghubungkan rangkaian sosial utama iaitu Whatsapp, Facebook dan Instragram juga menjadikan Fingo berbeza dengan pesaingnya di pasaran, sekali gus meluaskan capaian perniagaan dan pengguna.

“Sebagai permulaan, kami menjangkakan 500,000 pembeli akan menggunakan Fingo menjelang akhir tahun ini. Ketika ini sudah 200,000 muat turun sudah direkodkan,” katanya kepada media selepas majlis perasmian Fingo di sini, hari ini.
Fingo dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fingo, Dong Fang dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Fingo, Wang Nan.
Lee berkata, menerusi platform itu juga, setiap ahli yang mendaftar boleh mengakses secara meluas pilihan barangan serta pembekal berkualiti daripada Tmall dan Taobao, selain membuka peluang keusahawanan baru di Malaysia menerusi sistem ganjaran ahli.

Katanya, syarikat itu mensasarkan untuk meneroka pasaran e-dagang yang semakin berkembang di Malaysia selain peluang perniagaan besar di rantau ASEAN.

“Model perniagaan S2B2C menggunakan pilihan data yang besar untuk berinteraksi, dan bersosial dengan ahli Fingo.
“Permintaan mengenai maklumat, ramalan fesyen serta trend membeli akan digabungkan dengan rantaian bekalan domestik dan antarabangsa bagi mewujudkan platform S2B2C yang cekap agar dapat mengatasi model perniagaan e-dagang yang wujud ketika ini,” katanya pada sidang media pelancaran Fingo di sini, hari ini.

Sementara itu, Fang berkata, Fingo memilih Malaysia sebagai pangkalannya adalah kerana kestabilan politik, kemudahan infrastruktur dan persekitaran perniagaan selari dengan penggunaan teknologi digital yang tinggi seperti media sosial dan pasaran e-dagang atas talian.

Katanya, ekosistem terbaik itu menjadi platform ideal untuk Fingo memberi satu pengalaman e-dagang baru kepada pengguna di rantau ASEAN.

“Kami yakin bahawa Malaysia adalah pilihan tepat untuk kami berkembang kerana hasil kajian, daripada 32 juta jumlah populasi di negara ini, sebanyak 25.08 juta daripadanya adalah pengguna internet aktif atau kira-kira 79 peratus dari jumlah populasi,” katanya.

Beliau berkata, kelebihan besar di dalam e-dagang adalah penambahbaikan di dalam kecekapan serta membuka jenama pasaran dan saluran baru untuk para pengguna menikmatinya.

Katanya, secara khususnya penting untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kerana e-dagang boleh membantu peniaga mendapatkan pasaran besar dengan kos yang rendah dan pantas.
“Kami mengalu-alukan semua PKS tempatan yang mencari peluang untuk memulakan perniagaan digital mereka dengan kami.
“Fingo akan membantu dengan menggunakan sepenuhnya platform yang disediakan bagi menyokong PKS tempatan dan memanfaatkan semangat keusahawanan di kalangan orang Malaysia,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Kian Ming berkata, pengendali platform e-dagang diminta mempromosikan produk buatan Malaysia bagi mengembangkan perniagaan syarikat tempatan tidak hanya di peringkat domestik, tetapi pasaran eksport.

“Kami menjemput peserta industri e-dagang untuk menggunakan platform sedia ada di Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) bagi mengembangkan capaian bukan saja kepada mereka, malah dapat membantu usahawan tempatan khususnya PKS mengembangkan perniagaan ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

TV3 News Fingo Malaysia Grand Launching 29/7/2019

Fingo – Jimat Membeli, Untung Berkongsi
Fingo – Jimat Membeli, Untung Berkongsi

Feb 2019 Terbuka kepada pasaran Malaysia, pertama di Asia Tenggara

24/6/2019 Terbuka kepada pasaran Singapore

Adakah Fingo Patuh Syariah???

Fingo hanyalah sebuah platform e-commerce yang menjual produk2 keperluan harian. Bisnes E-Commerce adalah sah di sisi undang-undang dan syariah.

Fingo juga tidak menjual produk2 haram seperti arak, khinzir dalam tin & sebagainya melainkan ada dinyatakan. Namun jika ada & jumlahnya masih kecil berbanding produk2 lain, ia masih lagi di bolehkan selagi kita tidak terlibat dengan produk2 tersebut. Kerana dalam Fingo penjual & pelanggan bukan semuanya muslim. Terdapat berbagai kaum, bangsa & agama yang menggunakan Fingo. Namun sehingga kini belum ada produk2 haram dalam Fingo. Boleh tonton VIDEO INI untuk rujukan.

Dari segi plan perniagaan pula, Fingo bukan MLM. Fingo menggunakan plan pemasaran affiliate. Affiliate adalah sah di sisi Islam. RUJUK VIDEO INI.
Meskipun affiliate itu sah, tetapi dalam Fingo terdapat sistem komisen bertingkat untuk affiliate. Dan inilah yang menjadi tanda tanya orang ramai adakah ia patuh syariah. Sistem komisen Fingo adalah berdasarkan jualan, bukan yuran keahlian ahli. Namun hasil jualan itu diberikan secara bertingkat kepada orang atas sehingga 3 level. Maka apakah hukumnya?
Untuk menjawab persoalan ini, kita ambil rujukan dari video Ustaz Zaharuddin tentang ciri-ciri MLM halal. Boleh RUJUK VIDEO INI.
Secara asasnya ada 4 perkara yang telah ditetapkan oleh JAKIM untuk menjadikan sesebuah MLM atau sistem komisen bertingkat seperti affiliate Fingo ini halal iaitu:
  1. Kontrak – Perlu ada makluman yang jelas dalam penyertaan ahli.
  2. Barang/Produk – Produk yang halal, berkualiti & dikehendaki walau tanpa sistem.
  3. Akhlak – Penjual/wakil/agen perlu menjual dengan cara & betul mengikut Islam.
  4. Sistem – Bukan piramid, head hunting & seumpamanya.

Selain itu syarikat perlu mempunyai penasihat syariah yang diiktiraf oleh JAKIM.

Fingo tidak melanggar sebarang peraturan yang ditetapkan di atas. Fokus utama Fingo ialah jualan produk & menjadi antara 3 syarikat e-commerce terbesar di Malaysia & Asean di masa akan datang. Sistem yang digunakan sekadar untuk marketing bagi mengelakkan kos pemasaran konvensional yang tinggi.

Walau bagaimanapun Fingo masih dalam proses mendapatkan penasihat syariah & pengesahan patuh syariah oleh pihak JAKIM. Syarikat Fingo masih baru & dalam proses untuk mendapatkan semua pengesahan.